Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Riak

0

Riak merupakan salah satu sifat mazmumah yang tidak patut ada pada manusia. Iman Ghazali berkata riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad berpendapatan riak adalah seperti meminta kedudukan atau dihormati orang ramai dengan memperlihatkan amalan untuk akhirat. Sifat riak boleh membuat seseorang manusia kurang keikhlasannya contohnya melaksanakan amalan sunat apabila berada di khalayak ramai sahaja atau melakukan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja supaya memperoleh kepujian daripada orang ramai. Rasullah S.A.W sentiasa mengingatkan umatnya supaya memjauhkan diri daripada sifat riak. Baginda bersabda. Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami).

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)


Rasa Manis tetapi Racun Sebenarnya

0



Pada zaman moden kini peperangan fizikal kurang digunakan. Musuh kini menggunakan senjata yang dapat merosakkan minda umat Islam pada masa kini. Seperti yang kita tahu zaman moden ini banyak teknologi-teknologi canggih yang digunakan sebagai medium untuk merosak minda manusia. Contoh yang amat mudah dibuktikan iaitu televisyen yang pada masa sekarang banyak menayangkan rancangan-rancangan yang tidak bermoral. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, akan tetapi generasi-generasi muda pada masa kini diasuh dengan pendedahan budaya-budaya barat yang tidak bermoral. Oleh sebab itu, lahirlah gejala-gelaja yang tidak sedap mata memandang. Televisyen juga mengasah minda manusia supaya tidak janggal dengan perkara-perkara maksiat. Mereka akan memikirkan budaya couple itu adalah perkara biasa sahaja pada hal salah dalam Islam jika sesorang itu berpegang tangan selagi tidak bernikah. Syaitan tidak akan terus berhenti menggoda manusia daripada melakukan dosa sehingga berlakulah kejadian yang tidak berperikemanusiaan seperti pembuangan bayi. Oleh itu, semua umat Islam harus berwaspada dengan agenda-agenda televisyen pada masa sekarang. Pastikan ia memberikan lebih berfaedah daripada perkara-perkara yang melalaikan.


Post navigation