Rasa Manis tetapi Racun Sebenarnya



Pada zaman moden kini peperangan fizikal kurang digunakan. Musuh kini menggunakan senjata yang dapat merosakkan minda umat Islam pada masa kini. Seperti yang kita tahu zaman moden ini banyak teknologi-teknologi canggih yang digunakan sebagai medium untuk merosak minda manusia. Contoh yang amat mudah dibuktikan iaitu televisyen yang pada masa sekarang banyak menayangkan rancangan-rancangan yang tidak bermoral. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, akan tetapi generasi-generasi muda pada masa kini diasuh dengan pendedahan budaya-budaya barat yang tidak bermoral. Oleh sebab itu, lahirlah gejala-gelaja yang tidak sedap mata memandang. Televisyen juga mengasah minda manusia supaya tidak janggal dengan perkara-perkara maksiat. Mereka akan memikirkan budaya couple itu adalah perkara biasa sahaja pada hal salah dalam Islam jika sesorang itu berpegang tangan selagi tidak bernikah. Syaitan tidak akan terus berhenti menggoda manusia daripada melakukan dosa sehingga berlakulah kejadian yang tidak berperikemanusiaan seperti pembuangan bayi. Oleh itu, semua umat Islam harus berwaspada dengan agenda-agenda televisyen pada masa sekarang. Pastikan ia memberikan lebih berfaedah daripada perkara-perkara yang melalaikan.


Leave a Reply