Setiap Manusia Pasti Diuji
Kita semua
adalah hamba kepada Allah. Walaupun kita sudah tiada mata, cacat anggota badan,
akan tetapi kita wajib bersyukur kerana Allah telah kurniakan banyak nikmat
kepada kita. Sebagai contoh kita masih lagi dapat minum air dan air itu
mengalir masuk ke dalam badan kita dan juga mengalir keluar dari badan kita. Ini
kerana itu adalah semuanya kerja Allah.
Tiada manusia
di dunia yang terlepas daripada ujian yang Allah berikan dan ujian Allah adalah
24 jam. Allah akan berikan ujian kepada manusia dalam 2 bentuk iaitu dalam
bentuk kesenangan ataupun kesusahan. Di antara contoh ujian dalam bentuk
kesenangan itu nikmat harta, nikmat kesihatan, nikmat keluarga manakala contoh
bagi ujian dalam bentuk kesusahan pula iaitu banjir, cacian, miskin dan banyak
lagi.
Oleh itu
antara cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu sentiasa bersyukur dengan segala
ujian yang diberi dan carilah jalan penyelesaian. Ramai orang apabila diberi
ujian kesenangan kepadanya, dia semakin jauh dari Islam dan ada juga orang yang
ditimpa musibah, dia semakin hilang kepercayaan kepada Islam. Jika kita
renungkan kembali pada zaman Rasullah, pada ketika itu para diuji dengan
pelbagai ujian ketika peristiwa hijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Ada sahabat
yang sanggup meninggalkan hartanya semata-mata untuk berhijrah.
Kesimpulannya, semoga kita semua sentiasa bersyukur kerana masih lagi diuji oleh Allah dan juga moga mampu mencari jalan penyelesaian bagi setiap cabaran yang datang.