Setiap Manusia Pasti Diuji

0

Kita semua adalah hamba kepada Allah. Walaupun kita sudah tiada mata, cacat anggota badan, akan tetapi kita wajib bersyukur kerana Allah telah kurniakan banyak nikmat kepada kita. Sebagai contoh kita masih lagi dapat minum air dan air itu mengalir masuk ke dalam badan kita dan juga mengalir keluar dari badan kita. Ini kerana itu adalah semuanya kerja Allah.

Tiada manusia di dunia yang terlepas daripada ujian yang Allah berikan dan ujian Allah adalah 24 jam. Allah akan berikan ujian kepada manusia dalam 2 bentuk iaitu dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan. Di antara contoh ujian dalam bentuk kesenangan itu nikmat harta, nikmat kesihatan, nikmat keluarga manakala contoh bagi ujian dalam bentuk kesusahan pula iaitu banjir, cacian, miskin dan banyak lagi.

Oleh itu antara cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu sentiasa bersyukur dengan segala ujian yang diberi dan carilah jalan penyelesaian. Ramai orang apabila diberi ujian kesenangan kepadanya, dia semakin jauh dari Islam dan ada juga orang yang ditimpa musibah, dia semakin hilang kepercayaan kepada Islam. Jika kita renungkan kembali pada zaman Rasullah, pada ketika itu para diuji dengan pelbagai ujian ketika peristiwa hijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Ada sahabat yang sanggup meninggalkan hartanya semata-mata untuk berhijrah.

Kesimpulannya, semoga kita semua sentiasa bersyukur kerana masih lagi diuji oleh Allah dan juga moga mampu mencari jalan penyelesaian bagi setiap cabaran yang datang.


Adakah Aku Bakhil?

0

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga dalam keadaan sihat selalu. Sedikit perkongsian pada kali ini iaitu mengenai orang bakhil. Abu Bakar al-Siddiq R.A memberi nasihat: "Orang yang bakhil atau kikir tidak akan terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara:


  1. Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.
  2. Allah akan membangkitkan pemimpin yang zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.
  3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan seluruh hartanya.
  4. Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga suatu ketika bangunan itu akan runtuh habis.
  5. Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya seperti banjjir, terbakar, kecurian, dan sebagainya.
  6. Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanja untuk mengubati penyakitnya.
  7. Dia terlupa di mana hartanya disembunyikan.


Kesimpulannya marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita. Adakah kita ini masih lagi seorang yang bakhil? Antara contoh akhlak yang boleh kita ikuti iaitu Abdul Rahman bin Auf. Beliau telah bersedekah setengah daripada hartanya yang berjumlah 4 ribu dirham kemudian beliau mengorbankan 40 ribu dirham , 500 kuda ddi jalan Allah S.W.T, dikuti pula 1500 ekor unta di Allah S.W.T. Kesemua itu adalah hasil daripada perniagaannya. Akhir kata marilah kita sama-sama memikirkan firman Allah iaitu"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"(Surah Ali Imran, 92).





Jihad

0





Pesanan Hasan al-Banna kepada Pandakwah

Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah suatu fardu yang berkuatkuasa sehingga hari kiamat. Begitu juga sabda RAsullah S.A.W yang bermaksud:
 “Sesiapa yang mati dan tidak berperang dan tidak berniat dengan hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah”.

Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara keduanya: Jihad lidah pena, tanngan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang di pinta untuk mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang yang beramal.
“Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad”. Dengan itu kamu memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu: ‘Jihad Adalah Jalan Kami’.

Sumber buku “Menyeru Kepada Allah”.


Siqah(Reputasi) Seorang Daie

0



Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang ana ingin sebarkan kepada pembaca sekalian iaitu imej seorang pendakwah. Seorang pendakwah perlu kuat mengangkat syiar dan akhlak islam dalam penampilannya. Ia sebagai satu tanda ketaqwaan jiwa seseorang. Kerana Allah menyebut barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah lahir daripada hati yang takwa.

Pemakaian
-Menutup aurat dengan sempurna.
-Memakai kopiah dan serban sebagai sunnah.
-Memakai tudung yang labuh atau setaraf dengannya.
-Menjauhi pakaian ketat, berwarna-warni dan menggoda.
-Memakai pakaian yang bersih dan tidak carik.

Pemakanan
-Kurangkan makan di kedai terutamanya kedai makanan barat.
-Mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, susu kambing, dan lain-lain.

Percakapan
-Suka memberi salam.
-Mudah senyum bila bertutur.
-Kurang berbula perkara keduaniaan yang berbentuk hiburan.
-Banyak nasihat.
-Kurang berbual-bual kosong.
-Tidak bercakap kotor.

Amalan
-Tidak merokok
-Tidak suka membuang masa di pusat hiburan di pusat membeli-belah.
-Tidak suka ke tempat hiburan.
-Istimaqamah ke masjid.
-Tidak kerap menonton televisyen atau bermain permainan video.

Semoga panduan ini dapat memberi pengajaran kepada diri ana dan para pembaca sekalian.

Sumber buku "Menyeru Kepada Allah"


Cabaran Seorang Dai'e

0


Assalamualaikum. Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca. Hari ini ana nak berkongsi dengan pembaca mengenai cabaran2 yang bakal ditempuhi oleh seorang dai'e.

-orang mukmin yang dengkinya
-orang munafiq yang benci kepadanya
-orang kafir yang memeranginya
-syaitan yang menyesatkan
-nasfu yang merangsangkan


rujukan; FATHI YAKAN, BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH





Post navigation