Siqah(Reputasi) Seorang Daie

0



Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang ana ingin sebarkan kepada pembaca sekalian iaitu imej seorang pendakwah. Seorang pendakwah perlu kuat mengangkat syiar dan akhlak islam dalam penampilannya. Ia sebagai satu tanda ketaqwaan jiwa seseorang. Kerana Allah menyebut barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah lahir daripada hati yang takwa.

Pemakaian
-Menutup aurat dengan sempurna.
-Memakai kopiah dan serban sebagai sunnah.
-Memakai tudung yang labuh atau setaraf dengannya.
-Menjauhi pakaian ketat, berwarna-warni dan menggoda.
-Memakai pakaian yang bersih dan tidak carik.

Pemakanan
-Kurangkan makan di kedai terutamanya kedai makanan barat.
-Mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, susu kambing, dan lain-lain.

Percakapan
-Suka memberi salam.
-Mudah senyum bila bertutur.
-Kurang berbula perkara keduaniaan yang berbentuk hiburan.
-Banyak nasihat.
-Kurang berbual-bual kosong.
-Tidak bercakap kotor.

Amalan
-Tidak merokok
-Tidak suka membuang masa di pusat hiburan di pusat membeli-belah.
-Tidak suka ke tempat hiburan.
-Istimaqamah ke masjid.
-Tidak kerap menonton televisyen atau bermain permainan video.

Semoga panduan ini dapat memberi pengajaran kepada diri ana dan para pembaca sekalian.

Sumber buku "Menyeru Kepada Allah"


Cabaran Seorang Dai'e

0


Assalamualaikum. Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca. Hari ini ana nak berkongsi dengan pembaca mengenai cabaran2 yang bakal ditempuhi oleh seorang dai'e.

-orang mukmin yang dengkinya
-orang munafiq yang benci kepadanya
-orang kafir yang memeranginya
-syaitan yang menyesatkan
-nasfu yang merangsangkan


rujukan; FATHI YAKAN, BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH


Post navigation