Archive for July 2012




Jihad

0





Pesanan Hasan al-Banna kepada Pandakwah

Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah suatu fardu yang berkuatkuasa sehingga hari kiamat. Begitu juga sabda RAsullah S.A.W yang bermaksud:
 “Sesiapa yang mati dan tidak berperang dan tidak berniat dengan hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah”.

Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara keduanya: Jihad lidah pena, tanngan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang di pinta untuk mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang yang beramal.
“Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad”. Dengan itu kamu memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu: ‘Jihad Adalah Jalan Kami’.

Sumber buku “Menyeru Kepada Allah”.


Siqah(Reputasi) Seorang Daie

0



Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang ana ingin sebarkan kepada pembaca sekalian iaitu imej seorang pendakwah. Seorang pendakwah perlu kuat mengangkat syiar dan akhlak islam dalam penampilannya. Ia sebagai satu tanda ketaqwaan jiwa seseorang. Kerana Allah menyebut barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah lahir daripada hati yang takwa.

Pemakaian
-Menutup aurat dengan sempurna.
-Memakai kopiah dan serban sebagai sunnah.
-Memakai tudung yang labuh atau setaraf dengannya.
-Menjauhi pakaian ketat, berwarna-warni dan menggoda.
-Memakai pakaian yang bersih dan tidak carik.

Pemakanan
-Kurangkan makan di kedai terutamanya kedai makanan barat.
-Mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, susu kambing, dan lain-lain.

Percakapan
-Suka memberi salam.
-Mudah senyum bila bertutur.
-Kurang berbula perkara keduaniaan yang berbentuk hiburan.
-Banyak nasihat.
-Kurang berbual-bual kosong.
-Tidak bercakap kotor.

Amalan
-Tidak merokok
-Tidak suka membuang masa di pusat hiburan di pusat membeli-belah.
-Tidak suka ke tempat hiburan.
-Istimaqamah ke masjid.
-Tidak kerap menonton televisyen atau bermain permainan video.

Semoga panduan ini dapat memberi pengajaran kepada diri ana dan para pembaca sekalian.

Sumber buku "Menyeru Kepada Allah"


Post navigation